Ok, for TNB staff, boleh pegi Tingkat 8 HQ, amik borang kat receptionist - Borang Kebenaran Potongan Gaji Zakat. Zakat yg dipotong akan disalurkan pd PPZ-MAIWP (Pusat Zakat Wilayah Persekutuan). Dalam borang kene isilah berapa nak potong sebulan and starting dr bulan berapa. Slip gaji ke, salinan kad pengenalan ke, semua tidak diperlukan. If you're wondering how much should be allocated for zakat, my humble opinion is just using this simple calculation:
=2.5% * Monthly Salary
Example:
=2.5% * RM3,000
=RM75
Walla. That's it. Tak banyak pun. Sama mcm sekali dine at Nandos for 3 kot. Insya-Allah dah sempurnalah kewajipan membayar zakat kita. Nanti bile dapat borang BE (for LHDN) from TNB, dalam borang tu akan tertulis lah yg kita dah tolak bayar zakat and it will be exempted from bayar cukai. Point to remember, bonus raya, bonus gaji semua TNB takkan tolakkan utk zakat, so kita perlu buat perkiraan berapa lagi balance zakat yg masih belum dibayar. Kita boleh buat perkiraan tu mengikut tota Pendapatan Setahun (termasuk bonus etc) yang ada tercatat dalam borang BE. Contoh:
Jumlah pendapatan setahun = RM40,000
Jumlah yg wajib dizakatkan = 2.5%*RM40,000 = RM1000
Potongan zakat yg kita dah buat for the past one year melalui potongan gaji = RM75*12 = RM900.
Jumlah zakat yg belum langsai = RM1000 - RM900 = RM100
Ok, ada RM100 yang masih tertunggak. Boleh lah buat pembayaran online (thru Maybank2u pun boleh) pd Pusat Pungutan Zakat atau di Pejabat Pos. Make sure you keep the receipt and you can claim that for the next Taxation year.
Ha satu lagi. Kalau nak bayar pd Pusat Zakat Negeri masing2, for instance, ahli keluarga sanak saudara semua kat Kelantan tapi kita sedang bekerja di Kuala Lumpur, anda boleh bayar zakat pada Negeri Kelantan dengan cara isi borang PPZ Negeri Kelantan and submit pada HQ TNB Tingkat 8. They don't have the form, you have to get it from PPZ Kelantan.
Hope the info helps. Moga kita sama2 menyempurnakan Iman kita dengan membayar zakat kerana sesungguhnya jika kita tidak membayar zakat, harta yang ada dalam simpanan kita (atau yg telah kita belanjakan) merupakan hak org lain, bukanlah harta kita yg sebenar. Wallahualam.
1. Tiga tahun lepas seorang sahabat di pejabat datang ke meja kerja saya. Saya tanya, “Busu (bukan nama sebenar) bayar zakat tak?” “Ustaz, takkan saya yang kerja kerani pun kena zakat. Gaji RM1000 lebih sikit je,” jawab Busu. “Jom kira,” saya kata sambil membuka website Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (http://zakat.com.my/kalkulator/pendapatan.html) untuk mendapatkan kalkulator zakat. Hasilnya setelah dikira Busu memang kena bayar zakat. “Ok Ustaz, saya buat potongan gaji,” kata Busu. Jawapannya adalah refleksi keimanannya.
2. Bagaimana kita pula? Ada beberapa kumpulan manusia dikalangan kita semua. Pertama, yang menyangka tidak termasuk di kalangan yang wajib membayar zakat. Mereka tak pernah cuba mengira, tetapi dengan mudah mendakwa, “Saya tak kena bayar zakat. Gaji saya bukannya besar pun.” Kedua, yang tahu bahawa zakat wajib dibayar dan memang dia tergolong dikalangan orang yang wajib membayar zakat tetapi enggan/ berlengah-lengah/ alpa/ ambil ringan tanggungjawab membayar zakat.
3. Di Selangor, menurut penjelasan Tuan Haji Ahmad Shahir Makhtar, Ketua Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (MAIS) semasa saya menghadiri majlis penyampaian zakat perniagaan Bank Islam baru-baru ini, hanya 24% daripada Muslim yang patut membayar zakat di Selangor membayar zakat mereka. Angkanya ialah 126,210 orang daripada anggaran 40% Muslim yang patut membayar zakat (525,000 orang) daripada keseluruhan Muslim di Selangor iaitu 1,312,000 orang. Disamping itu hanya 817 syarikat sahaja mengeluarkan zakat pernigaan daripada 14,000 syarikat yang aktif berniaga di Selangor.
4. Yang sebenarnya bukanlah sulit sangat membayar zakat. Apatah lagi kalau zakat pendapatan. Di Malaysia, kebanyakan pihak berkuasa zakat menerima tiga kaedah pengiraan dan ianya boleh dipilih oleh pembayar zakat iaitu:
- 2.5% daripada pendapatan kasar tahunan (jika pendapatan itu melebihi nisab); atau
- Membayar zakat setelah mengambilkira tanggungan sebenar iaitu semua perbelanjaan bagi makanan,pakaian, perubatan, pengangkutan, tempat tinggal dan pendidikan; atau
- Membayar zakat setelah ditolak segala perbelanjaan-perbelanjaan mengikut kaedah yang dibenarkan iaitu:
- Diri - RM8000
- Isteri - RM 5000
- Anak-anak - RM 1000 seorang
- Pemberian (nafkah) untuk ibubapa - jumlah sebenar
- Caruman ke KWSP
- Caruman ke institusi-institusi yang telah membayar zakat perniagaan seperti Tabung Haji, Bank Islam dan lain-lain
5. Apabila dibayar, tidak pula pegawai zakat mempertikai sama ada pengiraannya adalah benar atau tidak; melainkan diterimanya apa juga jumlah. Maka kawalannya adalah kembali kepada IMAN seseorang itu.
6. Jika tidak ada iman, jika enggan, jika alpa, jika apajuga alasan; maka perhati-perhatikanlah takut-takut nanti kita “diseterika” dengan apa juga yang tidak dikeluarkan zakat itu. Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab:
Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita dan ahli-ahli agama memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah (iaitu menunaikan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya
(Iaitu) pada hari dibakar emas dan perak itu dalam Neraka Jahanam, lalu diselar (diseterika) dengannya (emas dan perak itu) akan dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.
7. Selamat menunaikan zakat…
3 comments:
tq azie for the info and peringatan.
No prob bebeh! Thanks for readingg :-)
Tq sebab ingatkan Abg :)
Post a Comment