Thursday, December 17, 2009

Declare War!


Alhamdulillah we managed to listen to Ust RF's tazkirah after maghrib @ Naim last Monday. Surprise, surprise, Azila was there too! It was our second unplanned meet up @ Naim after her wedding. Since jadik Mrs Hafiz (or should I call you Hafizah? Keskes) we are now officially neighbour! Erk, jauh sebenarnye but sharing the same khariah surau kire neighbour laa tu :-)

Anyhow, just wanna share some few points yg amat penting, as ingatan pada diri sendiri and those who are reading this blog. As always, his tazkirah is full of nasihat2 bergune untuk hati yang selalu leka mengejar dunia. Masya-Allah. His topic was quite diverse, but the thing that I'm interested to write here is Riba'. Since I'm not faqeh at all in this matter but really wanted to highlight this issue, so I've selected important infos from UZAR.


Source

Ok we start with amaran keras Allah swt terhadap mereka yang melibatkan diri dengan Riba'.


Firman Allah SWT :

Ertinya : "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya"(Al-Baqarah : 278)


And hadeeth on this:


Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata :

Ertinya : "Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT" (Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366)


Nabi SAW bersabda :

Ertinya : " Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.." (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)


Hadith nabi SAW :

Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Cukuplah 1 ayat Quran and 3 hadith di atas untuk mendatangkan rasa betapa gerunnya kita jika masih melibatkan diri dan kewangan keluarga dengan riba’. Di bumi mana kita mahu pijak jika kita telah terang-terangan mengisytiharkan perang dengan Tuan Bumi? Bagaimana pula dengan solat, puasa, doa, permohonan dan munajat kita hari-hari pada Allah jika kita telah pun menjebakkan diri dan memakmurkan skim kewangan konvensional yang penuh dengan kekotoran riba’?

Moga dengan amaran dan peringatan keras dari Allah dan RasulNya akan meninggalkan rasa gerun yang teramat dan menjadikan bulldozer untuk kita melepaskan diri, suami/isteri, ibu ayah kita daripada terlibat dengan riba’.

“..tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman..” (Al-Baqarah : 278)

I just want to remind myself and readers on how easy we are to be involved in riba’.

1. Credit Card conventional


2. Home/car/computer/study/personal loan conventional


Example: (from this article)


Q: Apakah hukumnya sekiranya ada golongan yang berpendapat bahawa riba seperti pinjaman pembiayaan kenderaan itu tidak haram?

RESPOND UZAR : Ia adalah pandangan karut dan tiket ke Neraka. Fatwa pengharaman Interest ke atas satu-satu pinjaman adalah Ijma' (disepakati seluruh ulama) tentang haramnya malah Majlis Kesatuan Fiqh Antarabangsa juga telah berulang kali membuat fatwa tentangnya.


Q:Saya beli kereta dengan menggunakan pinjaman kerana tidak mampu utk membeli tunai. Sedangkan saya amat memerlukannya untuk bekerja dan aspek keselamatan. Apakah hukumnya sama seperti berzina dengan ibu bapa?

RESPOND UZAR : Tiada siapa yang menyuruh anda beli tunai, apa gunanya bank-bank Islam yang bersepah di Malaysia ini jika bukan untuk membantu menyediakan pembelian rumah, kereta dan lain-lain secara Islam? Sebarang pembelian menggunakan Riba, adalah sama dengan zina sebagaimana disebut oleh Nabi SAW dari hadith yang disahkan sohih oleh Syeikh Albani dan lain-lain. Buka detail dalil dan pandangan ulama di sini. Dosa Riba


3. Bank account conventional - Gaji monthly masuk in this account and easily


Saya seorang pekerja yang makan gaji dan wang gaji di masukkan ke dalam bank. Adakah itu juga terlibat dengan riba?


RESPOND UZAR : Jika anda masukkan wang gaji di dalam akaun di bank konvensional, maka ia adalah riba kerana mereka akan memberikan interest, malah jika anda tidak mengambil interest itu sekalipun ia tetap haram, kerana simpanan anda di akaun itu telah membantu bank konvensional itu menggunakan wang anda untuk aktiviti haram mereka. Sila baca di sini. Riba Di Bank Konvensional.


4. Insurance/Unit Trust/Education Trust conventional

To read more on the difference between Insurance Conventional and Takaful, please proceed here.


5. Pelaburan/Perniagaan Non-Syariah compliant yang mungkin ade unsur2 riba’ dan haram

This topic is huge; you could search the list of article here. From FOREX, ASB, ASN, SwissCash, JaiNetwork, Empay, Ebay to Hai-o, macam-macam ada.


Some might say:

Tak rock la mcm ni, asik semua aku buat HARAM je, dah tu ape yang halalnya?!

Tepuk dada, tanya iman. Mmg x rock kalo buat mende2 yang equivalent to declaring war with Allah and Rasul. Mmg x rock kalau buat perkara yang dosa seperti berzina dengan ibu bapa. Mmg x rock kalau buat perkara yang termasuk dalam salah satu dari 7 dosa terbesar. Nauzubillahi min zalik. Ya Allah ampunkan aku. Astagfirullahhal’azim.

So, aper yg perlu aku buat sekarang MummyAssie?

1. Check status semua kad kredit, bank account, pelaburan etc kita. List down yang mana yang sangkut and not compliant with syariah.


2. Then niat dengan seikhlas hati dan sangat bersungguh-sungguh dan mohon pada Allah supaya dimudahkan segala urusan untuk membuat koreksi terbesar (sebab dosa besar so koreksi terbesar la I assume) dalam hidup ini, transferring all the conventional to Islamic. And of course jangan niat je, take your first step and settle one by one. Insya-Allah dengan keikhlasan kita sungguh-sungguh pasti Allah mudahkan. Probably start with the easiest one- cancelling your conventional credit card, and applying an Islamic one if you really need one.


3. Bertaubat kepada Allah dengan perbuatan kita dan menyesal bersungguh-sungguh dan tidak mahu mengulangi segala dosa riba’ yang pernah kita lakukan.


4. At the same time, check with your spouse, parents about this matter. Kita mesti sama2 not only lepaskan diri sendiri dari azab neraka yang kekal abadi jika terjebak dengan riba’, malah kita kene selamatkan juga ahli keluarga kita terutamanya our parents yang probably not aware with this issue. Keep on reminding your friends too. Moga dengan semangat kuat kita nak hapuskan riba’ ni Allah kira sebagai amal baik untuk dibawa ke sana nanti.


5. Finally, berdoalah pada Allah untuk sentiasa memberikan kita taufiq dan hidayah and guide us all along. Moga segala sumber kewangan kita bebas dari riba’ dan kehidupan kita diberkati Allah.


I will not be surprised if somebody will come back to me and say:


Aku bukan xmau amik yg Islamic, hari tu aku apply tp slow sangat, yg conventional siap dulu so aku amik la conventional. Sape suruh service Islamic Banking ni lembap mcm kura2. Dah la tak friendly! Hangin laa aku.


I am with you. 100%. Maybe not in all cases, tp yes. It does happen. Kalau nak buat yg Islamic punye mungkin lebih leceh, kene gi bank la instead of them datang to us (ni mase ktrg nak buat car loan dulu), siap lambat, etc etc. Tp the issue here is, kita tiada pilihan melainkan kena mengambil yang Islamic sahaja. Itulah tanda ketaatan dan kasih kita pada Allah Tuhan Pencipta kita, sanggup bersusah-susah kerana Allah, kerana mahu taat. Kalau Nizar MB Perak dikira derhaka pada Sultan, besar lagi dosa kita kalau derhaka pada Allah ye dak? Selingan je ni. Hehe.


Ok, I rest my case. Last but not least:


Apakah saranan tuan untuk saya menguruskan kewangan yang selamat daripada kegiatan riba?


RESPOND UZAR: Belajarlah dengan segera, anda boleh mendapat banyak info yang dipermudah dari blog saya di http://www.zaharuddin.net, hanya dengan ilmu sahaja anda akan berjaya mengurus kewangan yang selamat dari riba, tanpa ilmu, orang melayu kata " cakap pun tak guna"..

Jika anda merasakan kesukaran untuk pelajari sendiri, cara termudah adalah, tutup bank-bank konvensional dan insuran dari kamus hidup anda. Wajibkan diri menggunakan bank-bank Islam dan Takaful sahaja dalam semua urusan keperluan kewangan. Ia semuanya telah disahkan oleh Majlis Penasihat Shariah.


If you'd like to read the full article on Riba', here are some that might interest you:

80 % Rakyat Terlibat Riba & Adakah Mesti Tunai Untuk Elak Riba?

Jawapan Soalan Majalah I , bulan September 2006: Mengapa Penting Sangat Isu Islam & Harta ?


Woowwi! Probably this is the longest entry ever. Nadirah, please read this and educate my grandchildren too k J Mwahsssss. Happy 11 month young dearest!


4 comments:

ellyWong said...

azie azie, tapi how in the case yg blaja kat luar negara yg takde bank islam. macam mana?

hopefully termasuk sebagai darurat laa please ::praying::

Mummy Nadirah said...

Takde langsung eh is Ozie? Rase kat UK mcm dah banyak. Hoho. Hmm..ce Elly search on PTPTN @ UZAR's webbie. Rase mcm dy ade cakap pasal PTPTN ade riba' tapi ade rukhsah in it. Wallahualam. Kene double check. I know you're not going on PTPTN, tp sbb belajar and NO option at all for Islamic Banking. Are you sure takde?

Take care babes!

Anonymous said...

thanks for the reminder, in fact skng ni, bank/loan exec akan trus masukkn muslim applicatnt to islamic loan unless kita yg tnk. so options are ours!

Mummy Nadirah said...

Dat's kewl! Dah balik lom dr US?