Thursday, April 30, 2009

Bidadari Dari Timur


I just finished reading the book, Bidadari Dari Timur, Memoir Isteri Seorang Pejuang minutes ago with big fat tears as I closed the book. I started reading it last 2 nights while trying to put Nadirah to sleep and alhamdulillah managed to finish it today.

Behind every great man is a great woman and this book definitely proves that. Hmm.. Not sure how to put this into a sane sentence, but I would strongly recommend this book as "Must Read" for all great women out there and it also makes a meaningful wedding gift to brides.

I'm still speechless. I feel like I just discovered an exceptional manual on 'How to become a Great Wife' in this book. I'm nowhere near Khadijah (to Rasulullah) and this living proof is an exemplary to all of us. I'm truly glad that she decided to note down her life story in this little book (wish the book is thicker and the stories are longer!) and I hope she'll do more in the future. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

You can get the book from here, worth it!

Novel ini adalah sebuah catatan isteri seorang pejuang yang meluangkan masa berpuluh tahun hidup bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Akhirnya beliau tampil membongkar rahsia hidupnya sejak bergelar ratu di hati ulama tersohor ini. Segala pahit getir dihirup bersama, saling mempercayai sehingga tiada ruang untuk meletakkan curiga di antara mereka. Novel ini tampil dengan nada yang tulus dan harmoni. Ia berkisah tentang hidup, kesetian, pengorbanan dan perjuangan. Pengalaman isteri Menteri Besar Kelantan dirakam dalam langgam bahasa yang puitis sehingga membuatkan pembaca turut sama meranduk tohor dalamnya sungai kehidupan yang punya saat kering dan bahnya. Novel sulung terbitan Anbakri Publika sdn bhd bakal menemui penikmat karya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.

Bidadari Dari Timur…
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi…


Karya: Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri
Harga: RM12.90 (only small amount of money needed to know the great story of the great couple of our time!)
Halaman:128


Excerpt from the book:

Sengaja aku bertimpuh di balik pintu mendengar rintihan hati seorang suami buat Tuhannya;

Ya Allah Ya Aziz Ya Rahman Ya Rahim
Pengetahuanku pada kemurahan-Mu
Itulah yang memberhentikan aku di Pintu-Mu
Bagaimana aku akan kecewa?
Sedangkan Engkaulah harapanku
Bagaimana aku hina?
Sedangkan Kaulah tempat sandaran
Bagaimana aku akan mulia berbangga?
Sedangkan Engkau menempatkanku

Bagaimana aku akan miskin?
Padahal Engkaulah yang mencukupkan
Hidupkanlah hati-hati ini
Dengan makrifat-Mu
Matikanlah kami
Sebagai pejuang agama-Mu
Puaskanlah keluargaku dengan aturan-Mu
Berbanding aturan kami sendiri

Bantulah aku dalam menunaikan tanggungjawab selaku pemimpin
Ingatkanlah aku,
Bahawa aku hanya seorang hamba
Supaya tidak lupa
Ya Allah… Perkenankanlah permintaan ini.

Segera doa kudus itu turut kuaminkan di balik daun pintu.

4 comments:

Fedyeu said...

ohh sahabatku assiee.. fedy sgt malas membaca buku.. cer post cite2 yg sedap from dat book kat blog sket.. hehe..

Ansorullah said...

salam... Nanti balik, epoi nak pinjam ye buku tu.... hehe cop dulu...

salam rindu dr warsaw... ^_^

Mummy Nadirah said...

Fedyue - buku ni ko kene bace sendirik baru best. seterer-terer aku sebagai penglipur lara still best lagi bace sendirik. 128 pages je, lagi nipis dr thesis phd ko. plus BIG FONT and buku kecik kiut je, half dr A4, bukan buku besar. You can do it bebeh!

Epoi - okesssss, no problem. byk ni buku kat rumah k nyah, meh dtg baceeeee :-)

Unknown said...

Mummy cite as bedtime stories la kat Nadirah n Abi :)