Monday, October 25, 2010

Ujian Flash Card

Petang semalam Nadirah ada ujian Flash Card. Sambil duduk di atas belakang badan Abi, Mummy pun menayangkan kad-kad dari set Baby Einstein. (gambar-gambar daripada DVD Baby Wordworth - First Words Discovery Cards)


Kad-kad yang berjaya disebut oleh Nadirah (adapun sebutannya pelat tetapi hampir bunyinya dikira lulus) adalah seperti berikut:

1. Cat (sejak azali, haiwan kegemaran malar hijau Nadirah)
2. Dog (sejak azali selepas cat, pagi semalam menangis mahukan dog yang sedang woof woof di tepi jalan)
3. Ball (apa sahaja yang bulat dipanggil ball, termasuk watermelon)
4. Couch (ajaib, mummy tidak menyangka sama sekali anakanda hafal perkataan couch)
5. Table
6. Bed
7. Clock
8. Tree
9. Swing
10.Chair
12.Bowl
13. Telephone
14.Cup
15. Book
16. Bear (Teddy bear)

Lagi 10 kad, apabila Mummy sebut perkataan pada flash card, Nadirah akan tersenyum dan hanya memberi respon - "hmmmm". Abi yang menjadi "chair" Nadirah pula bertepuk sekuat hati jika Nadirah berjaya meneka dan menyebut perkataan yang tertera dengan betul. Our PomPomBoy.

Ok Nadirah, malam ni sambung lagi 10 kad ya sayang. You can do it!