Thursday, August 13, 2009

Pergi Tak Kembali

013422316

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Jenazah dimandikan dan dikafankan di hospital itu sebelum dibawa ke rumah arwah di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam untuk dikebumikan sebelum Asar.

arwah dan anak yang sangat disayanginya

arwah dan anak yang sangat disayanginya

Sementara itu, Ustaz Abdullah yang menziarahi arwah di hospital sebentar tadi sempat berkongsi pengalamannya ketika menatap wajah allahyarham

” Saya melihat sesosok tubuh yang baring telah siap dikafankan. Kain putih yang bersih dengan tangan yang diletakakan dibadan.

Saya menatap wajah sahabat saya ini. Wajahnya bersih, tersenyum. Saya membacakan fatihah kepadanya. Perlahan-lahan saya menghampiri jenazahnya, saya cium dahinya yang bersih ini. Biasanya dahi ini akan ditemankan dengan kopiah beliau.

Saya menghampiri telinga beliau, saya bisikan.

“aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama”

Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya berlinang. Saya cuba menahannya tetapi saya tidak mampu. Saya menundukkan kepala saya, mengesat air mata yang mengalir di kelopak.

Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau, saya ucapakan lagi padanya:-

“sahabat, selamat berehat”, “

bacalah selanjutnya di www.ustazamin.com

arwah dan ibu kesayangannya

arwah dan ibu kesayangannya

TERKINI

Jenazah Ustaz Asri telah selamat dikebumikan pada jam 9.00 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21.

Apalagi yang hendak dikatakan apabila di saat nyawanya hendak dicabut pun Ustaz Asri sempat meminta senaskah Al-Quran untuk dibaca…syurgalah hendaknya tempat mu sahabat, InsyaAllah.

Article Source: ShahrilKadir

I was so sad listening to his nasyid @ IKIM while driving this morning. Semoga Allah masukkan beliau dalam golongan hamba Allah yg soleh. Amin.

2 comments:

Unknown said...

i heard a phone call from Azadan, one of his rabbani-friend. Azadan clearly walked us, the listener of IKIM through the last moments of his life via a phone call to the deejays.

***kagum dengan cara dia dipanggil Allah.

Mummy Nadirah said...

Aku x sempat dengar! Mase tuh dah sampai ofis kot. Huhu. Tp kalo dengar his nasyid at IKIM, I still weep silently and berharap moga Allah rahmati roh beliu.