Friday, March 12, 2010

Brain Food for Our Baby!

Knew this blog from my dear friend, MommyLyna MSK, thanks alot Lyna! Her name is Lina too, what a coincidence. Anyway, this blogger Momma is truly inspiring. Her daughter has memorized Juzuk 30 at a tender age of 3! Masya-Allah. Allahuakbar! At this challenging era, it's really important for us to provide our children with ilmu Al-Quran, that's one and only way to safeguard us not only from Neraka Allah yang kekal abadi, but also from social ills in our society.

Make learning Al-Quran as our top priority, above others i.e. piano classes, bellerina classes, Kumon etc. And make sure that our spouse is also sharing the same mission like you do. For example, if I can spend USD$99 on Little Reader, will I do the same too for Al-Quran classes, softwares, IQRA' etc. Tak sanggup? Oh, cinta kita kepada dunia masih tinggi. Astagfirullahhalazim. Oh Allah, please guide us to the straight path, Ya Allah. Bantulah kami untuk menjadi ibu-ibu yang mendukung ajaran agama-Mu, Ya Allah. Bimbinglah kami untuk melahirkan anak-anak yang berpegang teguh pada ajaran Islam. Amin amin Ya Rabbal 'Alamin.

We will die. Surely. Anaklah asset yang kita ada selain amal baik lain (jika amal itu Allah terima or redha). The equation is simple and logic, not a rocket science:

Anak soleh = Insya-Allah bahagia lah kita dalam kubur
Anak toleh = Meraunglah kita di sana, tiada suami, mak, abah - tiada siapa sebagai penolong.

Marilah kita tinggalkan anak2 yg soleh dan solehah sebagai asset kita nanti. Bukan sekadar soleh di-bibir, tp sebenar-benar soleh-solehah. If all the mommas in the world bersungguh-sungguh nak melahirkan anak-anak yang patuh pd ajaran Islam, insya-Allah amanlah dunia ini. Hey, I'm still learning to become a good mom too, I admit I'm not doing the right thing all the time. Hiccups do happen. Semoga Allah beri petunjuk, mudahkan jalan, dan ketemukan dengan orang2 yang mahukan kebaikan dan Islam. Don't repeat my mistakes if you read/know any and just select whatever you think is following what Islam wants.

Below is Lina's entry on Brain Food. I'm inspired. Start it early, start it now Mummiess!

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara:



1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. Badam yang saya beli ni memang dah boleh makan terus. Selalunya orang jual kurma mesti jual badam dan kismis juga selain dari barang2 lain.

2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma

5) Madu

6) Buah Tin

7) Habbatus Sauda

8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.


9) Air Surah Taha
Air biasa atau untuk lagi bagus air zam zam... yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 28, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil, mereka yang berhati keras dan ia juga memancarkan kebijaksanaan mereka. Ia adalah doa Nabi Musa memohon kebijaksanaan dari Allah. Kalau nak pekat masukkan sedikit sahaja air sahaja.



Lihat urat2 pada kacang badam.. ia mirip kepada rupa urat-urat otak kita. Saya pernah terbaca, Ini adalah kejadian Allah untuk memberitahu kita kegunaannya pada manusia.



Badam, Kismis, Kurma dan Buah Tin di blender halus.

Tips : Habbatus Sauda dan Buah Tin di masukkan sedikit sahaja kerana jika terbanyak, ia akan menyebabkan 'funny taste'...tak sedap. Sukatannya, agak-agak saje. Boleh buat ikut suka tangan kita.. Yang anak kita suka makan tu, taruk lah lebih. Tak perlu masak, semua bahan ni memang dah boleh makan begitu saja.

Ni suapan yang ketiga ni! Sudah tu.. simpan untuk esok pulak!

Bila dah siap, boleh makan terus, amalkan 2-3 sudu sehari. Kanak-kanak belum banyak gigi pun dah boleh amalkan. Dalam bekas diatas, saya telah masukkan 3 kapsul minyak ikan berkepekatan tinggi. Darwish dan Wisya memang suka memakannya. Rasanya penuh dengan lemak kacang badam dan manisnya madu lebah. Cara mudah untuk memberi makanan sunnah yang banyak kebaikkannya pada otak beserta dengan minyak ikan yang kaya dengan DHA dan EPA! Disimpan dalam bekas dan diletakkan dipeti sejuk (bukan beku). Selamat Mencuba..

1 comment:

mamataya said...

hai..salam..

tgh google flashcard iqra..termasuk ur blog..salam kenal.....ME pun dah baca blog mama darwish..dr sehari ke sehari nak cari bahan2 tu..tp x buat2 lagi..
anyway..ur blog font sama la ngan my blog...mcmana u setting??